Friday, January 15, 2010

macam bagus je

aku pelik sikit dgn perangai manusia masa kini . perasaan mcm bagus terlebih memudaratkan diri gamaknya . konon dia tu hebat hempok semut dengan kusyen pun tak mati . aku dah delete dah entri entri sebelum ni yang aku rasa mengarut . kadang kadang , bila baca balik apa yang kita dah tulis , rasa malu sendiri pulak . ape taknya , seluar dalam orang tak cukup benang 1 inci pun aku boleh tahu dgn cara jalan bontot sebelah ternaik 3per4 . balik pada cerita manusia zaman sekarang . bila tak puas hati , kutuk kat myspace lah , blog lah . aku panas betul . takpayah bertengkar lah , setkan tempat , masa . cun . aku pergi , kita settle . jantung aku pam 91 kali seminit . tangan aku toksah ckp lah , dah lebar mcm sayap kelawar . sekali dua aku suam , masuk kali ketiga aku panas mengalahkan larva . semalam adik aku usha laptop masa aku tgh tangkap lentok layan novel . sekali dua aku bg amaran keras jgn sentuh , masuk kali ketiga dah kena baru nak menangis turun bawah mengadu dekat mak aku . bila aku dah dgr mak aku seru nama aku , aku buat buat tuli , aku tahu mak aku takkan naik atas sbb dia demam . kalau biasanye , aku dah dengar suara tu puja nama aku , aku lock pintu pakej dgn tingkap . kalau kena tapak tangan tu , berguling aku jatuh tangga . semalam aku buat rileks je . adik aku datang balik , aku memang dah usha jari aku nak lestik mulut kasi lentik 3 per 4 . dia dah nampak tangan aku dah stenbai , pandai pulak turun balik . aku rasa macam nak kejar tapi malas nak layan , tak remaja la mcm tu . 5 minit lepas tu , member aku pulak call ajak keluar . dia ni pun 1 , lepas gua barai adik gua baru nak call . memang dah sah sah mak aku dah paku pintu dengan papan tak kasi aku jejak lantai luar . potong memang potonggggggg . aku bagi alasan aku sakit telinga tak boleh jalan sangat . walaupun tak logik , asalkan aku tak bocorkan rahsia . tak remaja lah kalau dia tahu aku takboleh keluar sebab barai adik . kalau adik aku tak usha laptop ni , aku rasa aku dah pergi menggedik mcm teletubbies kat EC Mall . nasib baik dia adik aku , kalau member aku memang dah kene hantuk kat dinding sampai separuh koma . peh , batang mancis yang aku buat sengkang mata aku ni tak memberi kesan langsung . gua chow !

No comments:

Post a Comment