Friday, January 15, 2010

dunia memang kejam!

aku turun cari makan . aku terjah masuk dalam bilik bibik . mintak mintak lah dia belum tidur boleh aku acah die masak maggie sepeket . aku tolak pintu . fuh , lega sikit . aku tengok bibik aku tgh lipat kain dgn adik aku yang duduk terkankang seluar koyak tengah sambik tengok ben-10 . kalau nak revise balik dialog die pun aku ingat . aku pandang kiri kanan depan belakang tengok tengok kalau kalau kelibat mak aku ada . dah yakin tak ada , aku duduk sebelah bibik konon nak tolong . tiba tiba bibik perasan kot perubahan drastik aku yang tak suka lipat kain ni tiba tiba buat muka ajal nak kena tarik konon konon nak tolong lipat kain . 'kau nak apa ni?' dia tanya . aku gembira je sbb dia yang tanya dulu . jadi , kalau mak aku terjah aku nanti , ada point lah aku nak cakap bibik yang tanya dulu . 'saya lapar lah ni.ade food tak?' aku tanya dalam bahasa rojak walaupun 1 perkataan je yang aku guna bahasa inggeris saja nak test IQ dia . 'food ape pulak kau ni?bigfoot?' tak sangka aku , orang indon pun boleh tahu masalah bogfoot ganggu penduduk kampung lorong kunyit 2-3 tahun lepas . 'makanan lah bik' aku jawab balik . dalam hati aku , tak sangka ada lagi manusia IQ lebih rendah dari aku . tiba tiba , rasa legak pulak sbb aku percaya , aku bukan manusia terbangang dalam Kuantan . 'kau tgklah atas dapur tu ade lauk' bibik aku ckp tanda tanda dia malas nak bangun untuk hidangkan aku makanan . cis , potong gaji 17% . aku bangun dengan muka berharapan lauk sedap ada atas dapur . sampai ke kat depan dapur gas tu , aku angkat pinggan yang tutup mangkuk tu . nyata , sangkaan aku 15km meleset . lauk yang paling anti . muka dah tebal 1 inci tanda protes . SARDIN?AYAM GORENG? kejamnya dunia . aku naik atas dengan muka berang . terus hilang selera makan aku . nanti aku tulis bodoh besar besar kat sini diorang ckp aku mcm pandai sangat pulak . alah , setakat maths dapat D tu dah kebiasaan bg aku . apelah sgt huruf D tu kalau nak dibandingkan dgn huruf huruf lain .

No comments:

Post a Comment